Featured

0 Jantina ditentu ketika lahir




KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya. Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.

Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.
“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.
Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya.
sumber :berita kosmo
    

KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”
Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. 
Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.
sumber : harian metro 19/7/2011

Read more

0 Puting di tapak kaki wanita





PUTING pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.
Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.
Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.


“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

sumber : harian metro 19/7/2011
Read more

0 Malaysia beri tentangan hebat kepada Liverpool

Gol Sepakan Percuma Safiq Rahim 

 JARINGAN menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim dan dua gol daripada Safee Sali jelas membuka mata Liverpool bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkelas dunia.
Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam meledakkan gol pertama agak mengejutkannya.
Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.
“Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali.

“Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia,” kata Clark pada sidang media semalam.
“Penyerang No. 10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jaringannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada kami.
“Ia satu perlawanan yang baik bagi mereka dan saya rasa aksi keseluruhan pemain Malaysia agak bagus. Mereka bertahan dengan baik dan sangat kompetitif,” tambahnya lagi.
Menurut Clarke, kombinasi pemain Liverpool pada babak pertama lebih bertenaga berbanding babak kedua yang disifatkannya bermain secara terbuka.
“Kami bermula dengan baik, banyak menguasai bola dan mencipta peluang.
“Tetapi kombinasi pemain babak kedua agak longgar dan kami banyak kehilangan bola. Jadi sudah pasti saya lebih gembira dengan kombinasi pemain di babak pertama.
“Babak kedua juga permainan sangat terbuka oleh kedua-dua pihak.
“Saya puji tentangan yang diberikan pemain Malaysia kerana mereka dapat menjaringkan tiga gol. Ia sesuatu yang bagus bagi mereka,” tambahnya. — KOSMO
Read more

0 Naga minum di sungai



  DALAM sejarah kehidupan manusia, naga adalah binatang yang sering dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat Cina. Ia dikatakan wujud sejak zaman dulu lagi dan dikatakan sering tinggal di gua, tasik dan laut.
Bagaimanapun, kewujudan binatang itu sehingga kini masih menjadi misteri dan dianggap hanya cerita dongeng, namun kehadirannya dikatakan berlaku di sebuah kampung di utara Kedah, sekali gus menyebabkan namanya turut dimasyhurkan di kampung berkenaan. 
Terletak di Jitra dalam daerah Kubang Pasu, Kampung Naga dikatakan mengambil nama seekor naga yang didakwa sering turun ke sungai di daerah itu untuk minum air dan sejak itu, kampung berkenaan mula dikenali dengan nama itu sehingga ke hari ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Naga, Ismail Hamzah, 63, berkata kampung berkenaan dipercayai wujud sebelum kedatangan syiar Islam di Tanah Melayu.
sekadar hiasan

Menurutnya, pada mulanya kawasan sekitar kampung itu sangat luas iaitu meliputi Kampung Padang Pekan, Kampung Pasir, Kampung Padang Gelam, Kampung Seberang Alor dan Kampung Naga.
Bagaimanapun, katanya, bagi memudahkan pentadbiran, saiz Kampung Naga dikecilkan supaya segala urusan dan masalah rakyat dapat diselesaikan, lebih-lebih lagi dengan kepadatan penduduk yang semakin ramai saban tahun.

“Hasil persempadanan semula kawasan itu, kini hanya 200 keluarga mendiami kampung berkenaan, di mana kebanyakan mereka menjalankan kegiatan ekonomi seperti menoreh getah, bersawah selain bekerja kerajaan dan sendiri,” katanya.

Ismail berkata, kampung berkenaan pada mulanya diteroka oleh penduduk berasal dari Siam dan kawasan berdekatan.

Menurutnya, mereka datang meneroka dengan membuka kawasan pertanian baru hinggalah sampai ke kemuncaknya apabila Kampung Naga diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Kedah di bawah Sultan Rijaluddin Muhammad Shah yang bersemayam di situ.

“Dulunya difahamkan Kampung Naga terletak di pinggir laut dan ramai saudagar dari Siam, Aceh, China dan India datang untuk berdagang di sini.

“Berikutan itu, tidak hairan sehingga hari ini wujud nama tempat seperti Pengkalan Cina dan Changkat Keling dan kemudian berlaku penempatan tetap oleh pedagang itu selepas mereka berkahwin dengan penduduk tempatan di sini,” katanya.

Menurutnya, satu masa lalu dikatakan wujud sebatang sungai besar di kampung itu mengalir dari laut hingga ke daerah lain di Kubang Pasu.

Katanya, penduduk terdahulu ketika itu sering nampak seekor naga dari bukit yang berdekatan selalu turun ke sungai berkenaan untuk meminum air dan kewujudan binatang berkenaan menyebabkan penempatan terbabit dikenali dengan nama Kampung Naga.

“Saya difahamkan dulunya sungai itu sangat lebar iaitu kira-kira 25 meter, tetapi kerja penambakan dan pembangunan dari kuari berdekatan menyebabkan saiznya semakin kecil hinggalah menjadi tali air dan lebarnya kini hanya kira-kira dua meter,” katanya.

Justeru, Ismail berharap tali air sedia ada mampu dikekalkan sehingga ke generasi akan datang kerana ia satu-satunya bukti yang ada bagi menunjukkan asal usul kewujudan Kampung Naga kepada generasi akan datang.

“Walaupun nama kampung itu pelik di daerah Kubang Pasu, penduduknya sangat bangga kerana ia unik dan sukar didapati di daerah lain, khususnya di Kedah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusuf ketika dihubungi berkata, banyak peristiwa penting berlaku di Kampung Naga atau dikenali dengan nama Kota Naga pada zaman Sultan Rijaluddin.

Menurutnya, baginda adalah pemerintah pertama memeterai perjanjian persahabatan dengan Portugis di Melaka dan kemudian diikuti Belanda yang ingin memonopoli hasil bijih timah di Kedah pada masa itu.

Katanya, kemuncak pemerintahan Sultan Rijaluddin di kota berkenaan ialah kesedarannya dalam menggubal undang-undang negeri.

“Baginda adalah pemerintah Kedah pertama mengarahkan pembesarnya supaya melaksanakan penyusunan dan penulisan undang-undang atau lebih dikenali dengan nama Hukum Kanun Kedah.

“Perintah itu dikeluarkan di Kota Naga pada Jumaat 17 Jamadilakhir 1060 (17 Jun 1650) dan manuskrip jawi itu pernah dialih bahasa ke rumi oleh RO Winstedt,” katanya.


Kampung Naga, Jitra, Kedah 

sumber:
Laporan MOHD RIFAAT ABD HAMID
am@hmetro.com.my
Read more

0 Hukum bogel




 Derita 'Buaya Darat'





KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.
Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama. 
Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi
laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.

  Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela. 

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad ‘memberi pengajaran’ kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu.

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain.



BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui
keluarga mangsa yang menahannya.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk ‘disoal siasat’ akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini. 

“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook.

“Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

“Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian,” katanya.

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya.

“Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama.

“Selain ‘dikikis’, kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk ‘bertindak’ dan memaklumkan keluarga.

“Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu,” katanya.

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai ‘lombong’ mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu.

“Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis,” katanya.



sumber:
Oleh HADZLAN HASSAN, ANIZA ZAINUDIN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my
Read more

0 Rajagobal naik angin

TANGKAS...Norshahrul mengasak pemain Arsenal, Ryo Miyaichi, semalam.




SEMANGAT wira 1975 gagal meresap dalam skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal apabila tumpas 4-0 pada aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal semalam.
Dua gol pada setiap babak The Gunners itu menceritakan betapa masih banyak kelemahan yang perlu dilakukan Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.

Dan apa yang dipamerkan pemain negara nyata mengecewakan Rajagobal.
“Saya kecewa dengan permainan yang ditunjukkan kerana mereka tidak menunjukkan permainan sebenar. Ini menyukarkan saya untuk menilai kemampuan pemain sebelum perlawanan dengan Singapura,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu yang disaksikan lebih 50,000 penonton, kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil, Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin di minit kelima.
“Saya mahu pemain bermain dengan agresif pada babak pertama untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi gol awal Arsenal membunuh permainan ini.

“Kita kena terima realiti mereka pasukan hebat, saya harap pemain dapat mempelajari sesuatu,” kata Rajagobal.
Walaupun cuba mengancam menerusi larian deras di sebelah kiri S Kunanlan namun satu-satunya percubaan bahaya yang dihasilkan Malaysia menerusi sepakan percuma kapten Mohd Safiq Rahim di minit ke-38 berjaya ditepis keluar penjaga gol Wojcieh Szczesny.

Biarpun tanpa bintang Samir Nasri dan Robin Van Persie yang hanya masuk pada babak kedua, The Gunners berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain sayap England, Theo Walcott dengan melambungkan bola memerangkap Nasril.

Arsenal terus selesa pada babak kedua apabila percubaan pemain gantian Carlos Vela gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang masuk menggantikan Nasril pada minit ke-58 dan Tomas Rosicky minit ke-90.

Selepas Malaysia, anak buah Wenger akan berlepas ke China bagi meneruskan Jelajah Asia menentang Hangzhou Greentown, Sabtu ini.

Pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.

Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999.

sumber- harian metro 14/7/2011
Read more

0 P-Tree -Tandas Alaf Baru

Denmark -Adakah anda berani buang air kecil di tempat terbuka yang ramai orang lalu-lalang seperti dalam gambar di bawah? Mereka-mereka yang berani melakukannya dah hilang kemaluan agaknya. Atau pun memang sudah tidak tahan sangat (macam lah tidak ada tempat lain langsung yang boleh dituju yang tidak memalukan).
lukisan gambarajah P-TREE

Tempat buang air kecil yang diberi nama P-TREE ini ada di Denmark untuk anda mencubanya :P.








Read more

0 Lady GaGa kebas duit mangsa gempa

LOS ANGELES: LADY GaGa disaman lebih AS$5 juta (RM15 juta) selepas dituduh menggelapkan wang yang dikumpulkan untuk mangsa gempa bumi Jepun.

Penyanyi Poker Face berusia 25 tahun itu menjual gelang getah We Pray For Japan dengan harga RM15 dan RM12 lagi untuk penghantaran serta RM2 untuk cukai.
Bagaimanapun, dia didakwa tidak menyerahkan semua wang berkenaan kepada mangsa.
Sebuah syarikat guaman yang berpusat di Detroit, Michigan, menyaman penyanyi itu yang nama asalnya Stefani Germanotta beberapa jam sebelum dia muncul dalam satu persembahan untuk membantu Jepun hujung minggu lalu.
Peguam di 1-800-LAW-FIRM mendakwa GaGa meningkatkan kos gelang getah itu dan mengambil wang selebihnya.
Mereka juga berkata, penyanyi itu enggan memberitahu jumlah daripada RM29 yang dikenakan untuk aksesori itu dihantar kepada mangsa.
Alyson Oliver yang mengemukakan saman itu di sebuah mahkamah persekutuan berkata: “Apabila anda menggunakan pengaruh selebriti untuk mengambil wang daripada orang ramai dengan alasan berpura-pura, ia satu kesalahan.
“Apabila kami cuba berhubung dengan defendan, jawapan yang kami terima ialah: ‘Memang benar kami menyimpan sebahagiannya tetapi kami tidak tahu berapa jumlahnya.’ “Jika wang itu diserahkan kepada pihak yang sepatut menerimanya, bukan kepada saku defendan, kami berharap usaha kami membantu.
Rakannya, Ari Kresh berkata: “Saya menyaman Lady GaGa hanya kerana mahu dia bertanggungjawab memberi wang yang dikumpulkan untuk kebajikan pihak yang ingin dibantunya.
Penyanyi berkenaan masih belum memberi maklum balas terhadap saman berkenaan. – Agensi


Read more

0 RTM2









Read more

0 RTM1

Read more

0 TV3



Read more

0 roti yang seram

PelikTapiUnik
  
  Sedang saya melayari internet untuk mencari  bahan-bahan untuk blog saya ni saya terbuka satu laman web yang  menyeramkan.Percaya atau tidak  terdapat roti yang amat menyeramkan dan  boleh dimakan ( sanggup atau tidak jer ) sedap dan lazat juga. Kedai roti ini terletak di Mall Taman Anggrek ,Indonesia.Kedai roti ini pernah masuk Guiness Book Of Record tahun 2006.Pembuat roti ini adalah pelajar dari Thai fine art.Cuba anda semua tengok dan fikirkan.Saya tengok pun naik seram...



Roti seram untuk dijual.!!!

Tukang Pembuat roti seram
Pembuat roti menunjukkan acuan muka manusia
Tekun dan teliti dalam proses membuat roti

Roti-roti yang telah siap 


Semua roti-roti yang telah siap disusun dan di bakar dalam ketuhar khas


Ermm sedap nya .. yum yum 


Read more

0 taman orkid

Taman Orkid dan Taman Bunga Raya KL

Masuk adalah percuma

 Taman Orkid Kuala Lumpur terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia telah dibuka secara rasminya oleh Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali(kini bergelar Tun) pada hari Selasa, 15 April 1986 bersamaan 6 Syaaban 1406H. Terdapat lebih 800 jenis spesis bunga orkid ditanam di sini. 

   

  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Antara  bunga orkid yang terdapat di sana
  • Foto
    Bunga Raya yang unik




Read more

2 Orang Pendek



orang pendek di asia..
Read more
 
© Edisi Berita Terkini | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger