Featured

0 Tupai demam poker!!

Animal Planet - Deman permainan kad pakau atau lebih di kenali sebagai  Poker telah melanda dunia si tupai. Boleh dikatakan demam ini telah melanda keseluruh dunia kita. Dari berita dan khabar angin yang diterima  segalanya bermula dari permainan internet laman sosial facebook yang di kenali sebagai  zynga poker hold'em yang hangat di mainkan di facebook.Sehingga kini tiada kebenaran dan bukti yang sahih tetang berita ini. Yang pihak kami tahu hanya melalui gambar yang diterima dari  pembaca setia  yang menghantar gambar-gambar  kepada meja editor kami. Beliau hanya mahu dikenali sebagai Miss Soksek berkata terdapat satu kelab yang hanya membenarkan tupai-tupai bermain poker dan bergembira seperti casino.
  Miss Soksek juga berkata bahawa untuk memasuki tempat itu memerlukan pass VVIP yang khas. Lokasi tempat itu juga  telah dirahsiakan dan untuk pergi ke sana  perlu  ditutup mata kerana  untuk mengelakkan lokasi casino itu diketahui ramai.
Read more

0 Faktor kepupusan dinosaur di muka bumi

Faktor kepupusan dinosaur di muka bumi


Kuala Lumpur - Kajian para kajiselidik yang tidak bertauliah telah mengesahkan bahawa salah satu  sebab kepupusan dinosaur di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tindakan yang melulu dan tidak berasas oleh perwira negara jepun bergelar ultraman. Ultraman yang di agung-agungkan oleh semua kanak-kanak di seluruh dunia dengan sewenang-wenangnya membunuh dan menghapuskan kaum raksasa yang juga merupakan spesis dinosaur yang telah hidup dengan aman selama berjuta -juta tahun dahulu dan ini semua disaksikan oleh semua warga dunia tak kira kanak-kanak dan dewasa di kaca television malah ia telah mendapat sambutan yang begitu tinggi oleh penduduk dunia ini.


   Para kaji selidik yang juga ingin dikenali sebagai Profesor Merapu berharap agar pihak ultraman tersebut dapat menghentikan  tindakan mereka dan berdamai dengan dinosaur -dinosaur tersebut. Jika ultraman ingin juga berlawan dengan dinosour atau raksasa , mereka boleh la membuat perlawanan persahabatan tanpa melibatkan kematian atau kecederaan yang maxima. Prof. Merapu juga mencadangkan bahawa diadakan sukan olahraga seakan-akan seperti sukan gusti  diadakan dengan peraturan yang tertentu.

   Idea yang dikemukan ini telan di emailkan  oleh beliau kepada king of ultraman yang berada di istana  planet MU27 atau dikenali sebagai planet of ultraman. Sehingga kini tiada  balasan email yang diterima oleh Prof. Merapu  dari pihak Ultraman. Prof. Merapu amat berharap cadangan ini dapat diterima oleh pihak Ultraman kerana ini dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak dan  keseimbangan ekosistem  digalaksi ini amat perlu dititik beratkan. Jika berlaku ketidak seimbangan dalam galaksi ini  pasti akan berlaku  malapetaka besar yang akan mengancam manusia dan alam sekitar.

  Prof. Merapu berharap pada  pihak yang terlibat terutama ultraman yang juga hero pujaan beliau semasa kecil sehingga sekarang ini supaya dapat membalas memorandum yang diemail kan oleh beliau kepada king of ultraman. Beliau juga berharap agar dengan luahan hati ini dapat juga  diberi cenderamata  yang istimewa dari planet MU27 seperti  key chain atau  autograf dari ultraman zero yang terbaru .

Read more
 
© Edisi Berita Terkini | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger