Faktor kepupusan dinosaur di muka bumi
Kuala Lumpur - Kajian para kajiselidik yang tidak bertauliah telah mengesahkan bahawa salah satu sebab kepupusan dinosaur di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tindakan yang melulu dan tidak berasas oleh perwira negara jepun bergelar ultraman. Ultraman yang di agung-agungkan oleh semua kanak-kanak di seluruh dunia dengan sewenang-wenangnya membunuh dan menghapuskan kaum raksasa yang juga merupakan spesis dinosaur yang telah hidup dengan aman selama berjuta -juta tahun dahulu dan ini semua disaksikan oleh semua warga dunia tak kira kanak-kanak dan dewasa di kaca television malah ia telah mendapat sambutan yang begitu tinggi oleh penduduk dunia ini.
Para kaji selidik yang juga ingin dikenali sebagai Profesor Merapu berharap agar pihak ultraman tersebut dapat menghentikan tindakan mereka dan berdamai dengan dinosaur -dinosaur tersebut. Jika ultraman ingin juga berlawan dengan dinosour atau raksasa , mereka boleh la membuat perlawanan persahabatan tanpa melibatkan kematian atau kecederaan yang maxima. Prof. Merapu juga mencadangkan bahawa diadakan sukan olahraga seakan-akan seperti sukan gusti diadakan dengan peraturan yang tertentu.
Idea yang dikemukan ini telan di emailkan oleh beliau kepada king of ultraman yang berada di istana planet MU27 atau dikenali sebagai planet of ultraman. Sehingga kini tiada balasan email yang diterima oleh Prof. Merapu dari pihak Ultraman. Prof. Merapu amat berharap cadangan ini dapat diterima oleh pihak Ultraman kerana ini dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak dan keseimbangan ekosistem digalaksi ini amat perlu dititik beratkan. Jika berlaku ketidak seimbangan dalam galaksi ini pasti akan berlaku malapetaka besar yang akan mengancam manusia dan alam sekitar.
Prof. Merapu berharap pada pihak yang terlibat terutama ultraman yang juga hero pujaan beliau semasa kecil sehingga sekarang ini supaya dapat membalas memorandum yang diemail kan oleh beliau kepada king of ultraman. Beliau juga berharap agar dengan luahan hati ini dapat juga diberi cenderamata yang istimewa dari planet MU27 seperti key chain atau autograf dari ultraman zero yang terbaru .
Read more