Featured

Showing posts with label mitos. Show all posts
Showing posts with label mitos. Show all posts

0 Naga minum di sungai



  DALAM sejarah kehidupan manusia, naga adalah binatang yang sering dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat Cina. Ia dikatakan wujud sejak zaman dulu lagi dan dikatakan sering tinggal di gua, tasik dan laut.
Bagaimanapun, kewujudan binatang itu sehingga kini masih menjadi misteri dan dianggap hanya cerita dongeng, namun kehadirannya dikatakan berlaku di sebuah kampung di utara Kedah, sekali gus menyebabkan namanya turut dimasyhurkan di kampung berkenaan. 
Terletak di Jitra dalam daerah Kubang Pasu, Kampung Naga dikatakan mengambil nama seekor naga yang didakwa sering turun ke sungai di daerah itu untuk minum air dan sejak itu, kampung berkenaan mula dikenali dengan nama itu sehingga ke hari ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Naga, Ismail Hamzah, 63, berkata kampung berkenaan dipercayai wujud sebelum kedatangan syiar Islam di Tanah Melayu.
sekadar hiasan

Menurutnya, pada mulanya kawasan sekitar kampung itu sangat luas iaitu meliputi Kampung Padang Pekan, Kampung Pasir, Kampung Padang Gelam, Kampung Seberang Alor dan Kampung Naga.
Bagaimanapun, katanya, bagi memudahkan pentadbiran, saiz Kampung Naga dikecilkan supaya segala urusan dan masalah rakyat dapat diselesaikan, lebih-lebih lagi dengan kepadatan penduduk yang semakin ramai saban tahun.

“Hasil persempadanan semula kawasan itu, kini hanya 200 keluarga mendiami kampung berkenaan, di mana kebanyakan mereka menjalankan kegiatan ekonomi seperti menoreh getah, bersawah selain bekerja kerajaan dan sendiri,” katanya.

Ismail berkata, kampung berkenaan pada mulanya diteroka oleh penduduk berasal dari Siam dan kawasan berdekatan.

Menurutnya, mereka datang meneroka dengan membuka kawasan pertanian baru hinggalah sampai ke kemuncaknya apabila Kampung Naga diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Kedah di bawah Sultan Rijaluddin Muhammad Shah yang bersemayam di situ.

“Dulunya difahamkan Kampung Naga terletak di pinggir laut dan ramai saudagar dari Siam, Aceh, China dan India datang untuk berdagang di sini.

“Berikutan itu, tidak hairan sehingga hari ini wujud nama tempat seperti Pengkalan Cina dan Changkat Keling dan kemudian berlaku penempatan tetap oleh pedagang itu selepas mereka berkahwin dengan penduduk tempatan di sini,” katanya.

Menurutnya, satu masa lalu dikatakan wujud sebatang sungai besar di kampung itu mengalir dari laut hingga ke daerah lain di Kubang Pasu.

Katanya, penduduk terdahulu ketika itu sering nampak seekor naga dari bukit yang berdekatan selalu turun ke sungai berkenaan untuk meminum air dan kewujudan binatang berkenaan menyebabkan penempatan terbabit dikenali dengan nama Kampung Naga.

“Saya difahamkan dulunya sungai itu sangat lebar iaitu kira-kira 25 meter, tetapi kerja penambakan dan pembangunan dari kuari berdekatan menyebabkan saiznya semakin kecil hinggalah menjadi tali air dan lebarnya kini hanya kira-kira dua meter,” katanya.

Justeru, Ismail berharap tali air sedia ada mampu dikekalkan sehingga ke generasi akan datang kerana ia satu-satunya bukti yang ada bagi menunjukkan asal usul kewujudan Kampung Naga kepada generasi akan datang.

“Walaupun nama kampung itu pelik di daerah Kubang Pasu, penduduknya sangat bangga kerana ia unik dan sukar didapati di daerah lain, khususnya di Kedah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusuf ketika dihubungi berkata, banyak peristiwa penting berlaku di Kampung Naga atau dikenali dengan nama Kota Naga pada zaman Sultan Rijaluddin.

Menurutnya, baginda adalah pemerintah pertama memeterai perjanjian persahabatan dengan Portugis di Melaka dan kemudian diikuti Belanda yang ingin memonopoli hasil bijih timah di Kedah pada masa itu.

Katanya, kemuncak pemerintahan Sultan Rijaluddin di kota berkenaan ialah kesedarannya dalam menggubal undang-undang negeri.

“Baginda adalah pemerintah Kedah pertama mengarahkan pembesarnya supaya melaksanakan penyusunan dan penulisan undang-undang atau lebih dikenali dengan nama Hukum Kanun Kedah.

“Perintah itu dikeluarkan di Kota Naga pada Jumaat 17 Jamadilakhir 1060 (17 Jun 1650) dan manuskrip jawi itu pernah dialih bahasa ke rumi oleh RO Winstedt,” katanya.


Kampung Naga, Jitra, Kedah 

sumber:
Laporan MOHD RIFAAT ABD HAMID
am@hmetro.com.my
Read more

2 Orang Pendek



orang pendek di asia..
Read more

0 Faktor kepupusan dinosaur di muka bumi

Faktor kepupusan dinosaur di muka bumi


Kuala Lumpur - Kajian para kajiselidik yang tidak bertauliah telah mengesahkan bahawa salah satu  sebab kepupusan dinosaur di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tindakan yang melulu dan tidak berasas oleh perwira negara jepun bergelar ultraman. Ultraman yang di agung-agungkan oleh semua kanak-kanak di seluruh dunia dengan sewenang-wenangnya membunuh dan menghapuskan kaum raksasa yang juga merupakan spesis dinosaur yang telah hidup dengan aman selama berjuta -juta tahun dahulu dan ini semua disaksikan oleh semua warga dunia tak kira kanak-kanak dan dewasa di kaca television malah ia telah mendapat sambutan yang begitu tinggi oleh penduduk dunia ini.


   Para kaji selidik yang juga ingin dikenali sebagai Profesor Merapu berharap agar pihak ultraman tersebut dapat menghentikan  tindakan mereka dan berdamai dengan dinosaur -dinosaur tersebut. Jika ultraman ingin juga berlawan dengan dinosour atau raksasa , mereka boleh la membuat perlawanan persahabatan tanpa melibatkan kematian atau kecederaan yang maxima. Prof. Merapu juga mencadangkan bahawa diadakan sukan olahraga seakan-akan seperti sukan gusti  diadakan dengan peraturan yang tertentu.

   Idea yang dikemukan ini telan di emailkan  oleh beliau kepada king of ultraman yang berada di istana  planet MU27 atau dikenali sebagai planet of ultraman. Sehingga kini tiada  balasan email yang diterima oleh Prof. Merapu  dari pihak Ultraman. Prof. Merapu amat berharap cadangan ini dapat diterima oleh pihak Ultraman kerana ini dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak dan  keseimbangan ekosistem  digalaksi ini amat perlu dititik beratkan. Jika berlaku ketidak seimbangan dalam galaksi ini  pasti akan berlaku  malapetaka besar yang akan mengancam manusia dan alam sekitar.

  Prof. Merapu berharap pada  pihak yang terlibat terutama ultraman yang juga hero pujaan beliau semasa kecil sehingga sekarang ini supaya dapat membalas memorandum yang diemail kan oleh beliau kepada king of ultraman. Beliau juga berharap agar dengan luahan hati ini dapat juga  diberi cenderamata  yang istimewa dari planet MU27 seperti  key chain atau  autograf dari ultraman zero yang terbaru .

Read more
 
© Edisi Berita Terkini | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger